Monday, November 21, 2016

Mendaftar sebagai Graduate Engineer/Jurutera Siswazah

Sudahkah anda mendaftar sebagai jurutera siswazah?

Logo BEM

Kalau belum sila daftar segera walaupun anda dah bekerja bertahun-tahun lamanya. Ada yang cakap tak perlu. Tapi hakikatnya kita sebagai lulusan kejuruteraan awam perlu mendaftar agar kita ada kelayakan dari Board of Engineers Malaysia/Lembaga Jurutera Malaysia.


Bagaimana nak mendaftar?
1. Masuk dalam laman web Lembaga Jurutera Malaysia http://www.bem.org.my/ kat situ anda boleh baca serba sedikit tentang pendaftaran.

2. Mula-mula buat salinan semua sijil dan dokumen anda yang berkaitan.
- Sijil-sijil yang diperlukan adalah sijil transkirp diploma dan sijil diploma jika anda bermula dari Diploma.
- Kemudian sijil Ijazah Sarjana Muda bersama transkrip.
- Salinan Kad pengenalan depan dan belakang

3. Dapatkan pengesahan dari Jurutera Profesional untuk semua dokumen di atas. Cari la mana-mana yang anda kenal atau tanya kawan-kawan yang kenal yang ada chop PE. Maksudnya PE ni ada title IR la.

No comments:

Post a Comment