Saturday, November 26, 2016

Material on site wastages

Material on site selalunya ada sahaja pembaziran. Tapi semua tu kita perlu kawal. Barang yang paling orang nantikan untuk dijual adalah besi. Ini bahaya sebab kadang kalau dah ketagih mungkin besi yang bukan scrap pun saudagar jual besi kebas jugak.

Kena beringat juga, nanti bos akan check and balance kalau besi yg dah claim dengan besi order tak tally. Korang yang suka jual besi tu kena fikir balik nak teruskan tabiat jual besi bos tu atau stop.
Kena ingat kalau bos bagi green light baru la jual. Kalau jual senyap2 ingat ramai yang memerhati.

P/s: gambar adalah aktiviti gelap jual besi di hujung minggu yang spy ambik.

Monday, November 21, 2016

Mendaftar sebagai Graduate Engineer/Jurutera Siswazah

Sudahkah anda mendaftar sebagai jurutera siswazah?

Logo BEM

Kalau belum sila daftar segera walaupun anda dah bekerja bertahun-tahun lamanya. Ada yang cakap tak perlu. Tapi hakikatnya kita sebagai lulusan kejuruteraan awam perlu mendaftar agar kita ada kelayakan dari Board of Engineers Malaysia/Lembaga Jurutera Malaysia.


Bagaimana nak mendaftar?
1. Masuk dalam laman web Lembaga Jurutera Malaysia http://www.bem.org.my/ kat situ anda boleh baca serba sedikit tentang pendaftaran.

2. Mula-mula buat salinan semua sijil dan dokumen anda yang berkaitan.
- Sijil-sijil yang diperlukan adalah sijil transkirp diploma dan sijil diploma jika anda bermula dari Diploma.
- Kemudian sijil Ijazah Sarjana Muda bersama transkrip.
- Salinan Kad pengenalan depan dan belakang

3. Dapatkan pengesahan dari Jurutera Profesional untuk semua dokumen di atas. Cari la mana-mana yang anda kenal atau tanya kawan-kawan yang kenal yang ada chop PE. Maksudnya PE ni ada title IR la.

Pile Integrity Test