Monday, October 10, 2022

RECAP Bagaimana jadi Site Engineer pada permulaan karier EP1

 

 Ada masa ni kita tulis balik cerita macam mana kita start kerja sebagai Civil Engineer pada tahun 2008. Lepas graduate mencari kerja jugak, tapi slow-slow sebab ayah tak berapa sihat dan ada hal keluarga kena setel. Masa tu graduate convo pun ayah dan mak tak pergi sebab ada hal. Takpe la. Ok jer. Aku dan abang aku convo degree kesimpulannya takde sapa yang datang. Kalau diorang nak datang masa tu aku tak bagi sebab akan susahkan diorang jer. Sedihkan? Ok jer.


Gambar ni tengah buat structure untuk Elevated Water Tank

Sebab pointer tak berapa cantik, so agak susah la nak dapatkan kerja di syarikat yang besar dan bertaraf tinggi. Last-last dapat kat jobstreet company sub-contractor yang buat kerja di Terminal Makanan Gopeng. Ok la for starter. Gaji dulu starting RM1500 jer. Ok la masa tu. Tapi 2008 tu kira tengah ekonomi tak berapa bagus juga, namun Malaysia tetap bertahan.

Hari pertama masuk macam skema gila, pakai long sleeve. Masa tu ada lagi 2 orang engineer yang nak berhenti lagi 2-3 minggu lagi. Masa tu diorang memang tak peduli dah apa yang nak diajar pada budak baru. Yang diorang tau nak serah laptop jer dan isi kandungan dalam tu. Ajar-ajar sikit diorang balik dah. Masa noobs dulu memang lost, kita harap diorang ajar sampai pandai. Last-last kita nganga sampai ke sudah.

Masuk-masuk kerja dah kena buat RFI. Cara kerja pun masih tak berapa faham. Sorry to say, penyerahan kerja memang tak sempurna. Nasib takde dokumen penyerahan kerja untuk release gaji diorang. Kalau tak memang aku tak sign sebab lepas diorang blah awal-awal diorang dah maki aku. Clerk Of Work la. Kerek nak mati. Aku ingat sampai sekarang. 

Tapi tula dua orang site engineer tu bos PM aku tu puji gila-gila la. Berbulu aku. Paling best bila kita kerja dah 3 minggu siap ada memo mengatakan engineer baru tak kompeten dan tak cekap. Masih baru dan tak familiar tentang kerja. Kapla... Tau dah siapa yang report kat RE masa tu.

Kerja dengan kontraktor ni memang sibuk dan tak menyempat kalau kita tak tau apa jalan kerja kita. RFI? RFIC? Material submission? Drawing baru? Info baru? Memang rasa nak berenti jer lepas sebulan. Tapi kena fikir sampai bila nak duduk rumah jer. Dah la tak scorer, ada hati nak menganggur.

Masa tu jugak kena start buat report. Monthly report. Kena tengok work program la. S Curve la. Asyik nak marah jer rasa. Nak tengok percentage pun tak reti. Sabar jer la.

Gambar booster pump house

Senang citer keje site engineer ni all in. Apa kerja pun kena tapau. Ada sorang lagi site engineer perempuan. Ok la dia back up aku dan last2 aku la orang jahat dalam site dan paling malas. Penat gak bila nampak kita jer yang jahat. Sejak ayah aku meninggal aku dah tak tentu arah. Lepas 4/3/2008 aku jadi tak tentu arah sikit. Kerja malas dan serba serbi.

Tapi life must go on la kan. Kerja la sebaik mungkin. 

Banyak lagi nak share tapi sambung nanti. Masa untuk lunch.








 

Parlimen dibubar pada 10 Oktober 2022


Semalam Perdana Menteri umumkan parlimen Malaysia dibubarkan. Tak tahu nak gembira ke nak sedih. Politik Malaysia memang tak stabil sejak 2018. Apatah lagi ekonomi. Golongan muda yang bertepik keseronokan pada May 2018 hari tu mana ye. Maaf nak cakap diorang sendiri pun takde la jadi jutawan pun. Masa di Klang dulu, budak-budak office tu semua sembang kencang bab PRU14. Saya pula ambik langkah diam sahaja dan saya baru jer mengalami fasa takde gaji masa dari Ogos 2017 sehingga ke awal December 2017 gara-gara..... Ah malas nak cerita.

Apa harapan? 

Jalankan tanggungjawab jer macam biasa.

Selagi ada kerja yang bayar gaji on time kita layan dan kerja sebaiknya.

Engineer adakah akan dibantu?

Masa depan bidang kejuruteraan bagaimana? 

Tengok apa manifesto kerajaan seterusnya.

Thursday, January 20, 2022

Random Photo





 

CORONAVIRUS TAHUN 2019 Kesan kepada para jurutera awam

 Assalammualaikum. 

Rasanya sudah agak lama tidak menulis dalam blog ini. Lagi pun tidak fokus kepada view dan pembaca. Hanya untuk luahan rasa dan catatan seorang jurutera. 

2020 merupakan tahun mencabar. Syukur tak kena efek dia. Tapi ketakutan tu tetap ada. Tapi kita sangka 2021 akan jadi tahun untuk bangkit sepenuhnya. Namun semua tu tak berlaku. Masih ada hick-ups yang memeningkan. Ada pro and con bak kata sesetengah orang.


Serabut sebenarnya bila hari-hari disumbatkan kepala ni dengan informasi sahih dan tak sahih tentang virus ni. Bila sahih pening kepala. Bila tak sahih bikin panik sahaja.

Jurutera awam tak kira apa jawatan pun, semua seram bila dengar berita tentang masalah kewangan syarikat. Pasti ada yang kena potong gaji, kena buang dan ada yang takde gaji pun ada. Macam-macam la usaha dibuat nak bagi kekal dalam syarikat dan masih bergaji.

Pening kan?


Permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang awalnya seronok dan boleh relaks di rumah. Tapi ada juga bila dapat jer arahan PKP ni, company terus bagi surat berhenti kerja. Alasan mereka tidak ada kewangan yang cukup. Hmmmm... 

Tapi bila 31 Mac 2020 dapat gaji, hanya bersyukur dan harap keadaan akan kembali seperti biasa. Tapi semuanya berlarutan sehingga bulan Mei 2020. Dah dekat nak raya company panggil masuk balik dengan giliran tertentu. Surat kebenaran jangan cerita la. Macam-macam version. PKP 1.0 PKP2.0 PKP3.0 PPN dan sebagainya.

Dunia pembinaan di Malaysia semakin goyah sejak 2018. Semua benda nak downsize. Nak kurangkan kos, nak kurangkan budget, pekerja, staff, bahan, dan jentera. Semua nak kurang sampai orang pun kurang kerja dan tak ada gaji. Sukar... Memang sukar....

Bila staff kurang, staff yang sedia ada terpaksa menanggung semua kerja yang ditinggalkan oleh pekerja yang keluar. Tak kurang juga staff yang ada pun tak function. Datang kerja tapi melepak dan tak buat kerja. Tapi gaji tetap dapat sama yang lain. Malah sebab staff tu pengalaman lebih, gaji dia lebih la kan. Staff bawahan ni senyap jer la. Diam asal dapat gaji.

Jurutera yang rasa tanggungjawab akan cuba pikul kerja yang ditinggalkan dan dipaksa buat. Kalau tak paksa pun mereka akan buat juga demi imej TEAM. Tapi fahamlah, kalau semua benda nak kena buat kualiti pun akan berkurangan. Nak cepat dan menjangkakan kerja akan berkualiti maka anda orang yang kejam.

Kerja tapak kena tengok, kerja dokumentasi kena jaga jugak. Penat dan bakal pengsan di tengah jalan. Kalau siapa pernah kena macam ni dia faham. Bila dipuji, maka bos dan leader sahaja dapat. Man behind the scene is just a PROPS.



Keratan akhbar di atas ni pun memang BIKIN PANAS semua engineer. Nak pulak dibandingkan dengan gaji jurutera di luar negara. Paling trigger jurutera FRESH yang baru nak memulakan kerjaya. Yang dah lebih 10 tahun ni mula-mula redha. Bila statement ni keluar turut sama panas bila fresh graduates nak mintak minimum RM3000. Haishhh.... On paper memang betul, tapi realitinya tidak. 2008 gaji permulaan di Ipoh hanyalah RM1500 dengan syarikat biasa-biasa. RM2500 hanyalah company seperti Gamuda buat double track perlis ke KL. 

Terasa hati bila baca sampai habis artikel ni. Hmmmm...

Zaman teknologi IT dan fast internet, maklumat pun laju jugak. Tau-tau gaji ahli politik lagi tinggi. Kerja bercakap dan bagi fakta yang takde tau sahih dapat gaji memang padu. Mungkin awak semua salah ambik course masa di Universiti dulu. Fikir-fikirkan.







Monday, August 27, 2018

Projek Mega, projek besar, projek sederhana dan projek kecil? Mana satu nak masuk?

Assalammualaikum.

Sudah sekian lama tak menulis. Saya kembali menulis kerana ada kelapangan dan ada sedikit idea.

Selepas PRU14, kerajaan bertukar dan sekaligus ada impak kepada projek-projek kerajaan dan projek swasta pun terkena tempias. Yang paling terasa adalah mereka yang hanya makan gaji dengan majikan yang bergelar kontrkator mahu pun consultant. Begitulah asam garam pekerjaan construction. Terlalu banyak risiko, ada risiko tinggi, risiko sederhana, ada risiko rendah. Tapi risiko tinggi bermaksud untung pun bakal tinggi dan begitu juga sebaliknya.

Kalau rujuk balik tajuk di atas memang jadi berbelah bahagi nak join projek mana. Apatah lagi bila majikan pun tak beritahu anda akan diletakkan di projek mana. Kalau awal-awal dia bagi tahu anda ditugaskan mana, mungkin anda takkan join mereka sebab anda mungkin dah kaji keadaan di tapak.

Projek Mega
- risiko tinggi
- politik kuat
- first come, and first to go out.
- modal tinggi.
- kena ada pengalaman banyak dan pengetahuan meluas.
- CV akan jadi mahal lepas projek habis, kadang tengah2 projek pun dah boleh demand
- tekanan kerja tinggi
- kerja lebih masa
- banyak kerenah
- banyak paperwork, birokrasi

Senang cerita sekarang semua sedang disiasat dan langkah pengurangan kos sedang dijalankan. Kemungkinan sebgai jurutera pun akan terjejas. Syarikat ada sahaja yang sedang mengurangkan staff.

Maka langkah selamat adalah dengan cari kerja baru atau kekalkan disiplin sebaik mungkin. Jika dapat surat diminta berhenti kita harus berbuat langkah pemulihan dengan segera.