Thursday, January 20, 2022

Random Photo





 

CORONAVIRUS TAHUN 2019 Kesan kepada para jurutera awam

 Assalammualaikum. 

Rasanya sudah agak lama tidak menulis dalam blog ini. Lagi pun tidak fokus kepada view dan pembaca. Hanya untuk luahan rasa dan catatan seorang jurutera. 

2020 merupakan tahun mencabar. Syukur tak kena efek dia. Tapi ketakutan tu tetap ada. Tapi kita sangka 2021 akan jadi tahun untuk bangkit sepenuhnya. Namun semua tu tak berlaku. Masih ada hick-ups yang memeningkan. Ada pro and con bak kata sesetengah orang.


Serabut sebenarnya bila hari-hari disumbatkan kepala ni dengan informasi sahih dan tak sahih tentang virus ni. Bila sahih pening kepala. Bila tak sahih bikin panik sahaja.

Jurutera awam tak kira apa jawatan pun, semua seram bila dengar berita tentang masalah kewangan syarikat. Pasti ada yang kena potong gaji, kena buang dan ada yang takde gaji pun ada. Macam-macam la usaha dibuat nak bagi kekal dalam syarikat dan masih bergaji.

Pening kan?


Permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang awalnya seronok dan boleh relaks di rumah. Tapi ada juga bila dapat jer arahan PKP ni, company terus bagi surat berhenti kerja. Alasan mereka tidak ada kewangan yang cukup. Hmmmm... 

Tapi bila 31 Mac 2020 dapat gaji, hanya bersyukur dan harap keadaan akan kembali seperti biasa. Tapi semuanya berlarutan sehingga bulan Mei 2020. Dah dekat nak raya company panggil masuk balik dengan giliran tertentu. Surat kebenaran jangan cerita la. Macam-macam version. PKP 1.0 PKP2.0 PKP3.0 PPN dan sebagainya.

Dunia pembinaan di Malaysia semakin goyah sejak 2018. Semua benda nak downsize. Nak kurangkan kos, nak kurangkan budget, pekerja, staff, bahan, dan jentera. Semua nak kurang sampai orang pun kurang kerja dan tak ada gaji. Sukar... Memang sukar....

Bila staff kurang, staff yang sedia ada terpaksa menanggung semua kerja yang ditinggalkan oleh pekerja yang keluar. Tak kurang juga staff yang ada pun tak function. Datang kerja tapi melepak dan tak buat kerja. Tapi gaji tetap dapat sama yang lain. Malah sebab staff tu pengalaman lebih, gaji dia lebih la kan. Staff bawahan ni senyap jer la. Diam asal dapat gaji.

Jurutera yang rasa tanggungjawab akan cuba pikul kerja yang ditinggalkan dan dipaksa buat. Kalau tak paksa pun mereka akan buat juga demi imej TEAM. Tapi fahamlah, kalau semua benda nak kena buat kualiti pun akan berkurangan. Nak cepat dan menjangkakan kerja akan berkualiti maka anda orang yang kejam.

Kerja tapak kena tengok, kerja dokumentasi kena jaga jugak. Penat dan bakal pengsan di tengah jalan. Kalau siapa pernah kena macam ni dia faham. Bila dipuji, maka bos dan leader sahaja dapat. Man behind the scene is just a PROPS.



Keratan akhbar di atas ni pun memang BIKIN PANAS semua engineer. Nak pulak dibandingkan dengan gaji jurutera di luar negara. Paling trigger jurutera FRESH yang baru nak memulakan kerjaya. Yang dah lebih 10 tahun ni mula-mula redha. Bila statement ni keluar turut sama panas bila fresh graduates nak mintak minimum RM3000. Haishhh.... On paper memang betul, tapi realitinya tidak. 2008 gaji permulaan di Ipoh hanyalah RM1500 dengan syarikat biasa-biasa. RM2500 hanyalah company seperti Gamuda buat double track perlis ke KL. 

Terasa hati bila baca sampai habis artikel ni. Hmmmm...

Zaman teknologi IT dan fast internet, maklumat pun laju jugak. Tau-tau gaji ahli politik lagi tinggi. Kerja bercakap dan bagi fakta yang takde tau sahih dapat gaji memang padu. Mungkin awak semua salah ambik course masa di Universiti dulu. Fikir-fikirkan.