Thursday, April 20, 2017

Ujian Pull Out Test Bagi Starter Bar


Selalunya dalam kerja-kerja konkrit bertetulang ni, atau dalam bahasa Inggerisnya  Reinforced Concrete, selalunya ada la kesilapan tertinggal starter bar. Starter bar tau tak? Kalau tak tau maksudnya belum ada pengalaman lagi la. Kena berguru dengan saya dulu.

Kalau terlupa pasang starter bar sebelum konkrit, lepas tu tau-tau dah keras konkrit baru perasan. Nak cucuk besi pun tak boleh. Selalunya kita akan cadangkan guna chemical anchorage pada starter bar tu. Supaya kekuatan dia sama dengan macam kita ikat sebelum konkrit keras. Yang terkenal dalam construction ni selalunya HILTI RE 500 la. Ni la chemical yang selalu guna kat site.

Kadang pihak consultant suruh test samada strength sama ke atau kurang. Selalunya akan lagi kuat la sebab design chemical tu pun akan lebih dari design asal RC tu. Kalau nak test kita akan test dengan cara Pull Out Test. Cer tengok gambar kat bawah ni. Ni la antara gambar test yang dijalankan kat site saya. Gambar saya takde sebab saya yang ambik gambar. Nak selfie macam malas sebab tak lawa gambarnya. Hahahahha!!! 

Ni adalah alat nak bagi pressure pada gauge dan nak tarik besi tu



Gaige nak tau pressure yang dah ditekan


Besi starter bar yang nak di uji




Penyeri site ada memang macam tu la semua nak menyibuk


Abang tu tengah tekan alat tu nak test tarik besi tu



Haaa. kalau bacaan dia dan lepas dia kira balik melepasi strength/kekuatan yang dikehendaki boleh la teruskan kerja lain. Atau kalau NCR tu boleh la close.

Lepas tu boleh belanja makan kat Ar-Rawsha sampai kembung dan dapat diabetes. Sila jaga kesihatan. Sekian. Ok Bye!