Thursday, March 30, 2017

Jurutera Awam buat part time... Ok ke?


Financial Engineer?

Jurutera Jual Nasi Lemak?

Jurutera Jual Takaful?

Jurutera Jual Unit trust?

Jurutera jadi tudung?

Alaaaa... Biasa la tu. Jurutera pon kadang-kadang sesak da...

Eh gaji tak cukup ke? Bukan gaji engineer besar ke?

Betul besar bang. Tapi kalau engineer tu duduk kat kampung tapi rate KL memang besar la. Kalau engineer keje kat KL memang tak cukup la. Kadang cukup-cukup makan la. Mana taknya henset nak pakai IPONG... SAMSENG... Kete nak HOONDANG, tapi isi minyak RM5... Tak cukup bang. Bukan kami jenis tak bersyukur, tapi istilah besar tu hanya relevan masa single bujang trang tang tang.

Tapi bila dah gatal nak kawen istilah besar tu dah dikongsi dan kadang rezeki tu Tuhan nak bagi terus dapat anak. Syukur. Gaji besar tu kena kongsi 3 bang. Abang tanya saya ni macam abang takde pengalaman jer. Eleh... tadi bukan abang promote MLM kat saya ke?

haaa... tau pon. Kami buat part time ni sebab nak masa depan dan nak selesa jugak. Sebab kami pon tak tau sejauh mana karier engineer ni akan bertahan. Kalau permanent ok la. Kalau kontrak, kena la cari keje lain kalau dah abes. Part time ni nak bersedia masa depan bohhh...

Ni bang.... Bulan depan saya dah jadi agen Unit Trust. KWSP Akaun 1 tu abang boleh la laburkan kat Unit Trust ni. Takde la stagnant jer sampai abang pencen umur 55 nanti. Moh lerrr...



Kerja buat bangunan, best ke idok?


Sesetengah orang cakap buat bangunan best. Ada yang cakap buat highway best! Ada yang cakap buat infra best! Tapi... Bagi saya seorang jurutera semua best asalkan gajiya best!! Betul ke idok?

Kalau boleh anda yang baru masuk bekerja bidang kejuruteraan awam atau kerja construction ni layan jer apa yang anda dapat. Buat kerja bangunan ke, longkang saje ke, pipe jacking ke, piling saja ke, belasah jer la. Tak kira apa trade kerja yang anda buat.

Asal kerja anda siap dan hujung bulan atau awal bulan itu gaji ada masuk dan boleh makan, bayar hutang, sewa, dan boleh buat simpanan. Yang nak kawen tu pastikan simpanan sebelum kawen dan selepas kawen cukup. Anda kena ingat sebab anda bukan Izz Haikal dalam Suamiku Paling Sweet tau. Jadi berpijak la di atas bumi yang nyata.

Berbalik kepada kerja bangunan ni. Kerja membina bangunan ni bagus untuk anda yang baru masuk kerja. Sebab anda akan belajar dari A - Z. faham tak? Kalau anda diberi tugasan untuk siap dari piling sampai ke Bumbung siap cat... Memang anda akan jadi orang site yang hebat dengan syarat anda ambil tanggungjawab dan uruskan kerja dengan dedikasi. Baru ada pengalaman. Pengalaman ni besar maksudnya. Pengalaman kalau setakat posmen hantar RFI dan bawak consultant check site sikit jer pengalaman dan mungkin lebih kepada taichi master jer kot. Pengalaman bangunan adalah anda kena tau jaga pekerja, bahan binaan, mesin dan sub-contraactor yang terlibat.

Ikut pengalaman interview, kalau anda pernah jaga bangunan atau structure, tak jadi masalah kalau bos baru nak letak anda di mana-mana section walaupun kerja tu infra sebab anda akan jadi teliti bila jaga kerja apa pun. Syaratnya saya dah nyatakan di atas. Kena teliti, bertanggungjawab dan dedikasi.


Beza antara kerja structure dengan infra, kerja bangunan quantiti bahan yang ada telah ditetapkan. Kuantiti structure memang dah fixed. Jarang ada pertambahan atau pengurangan. Kalau kerja infra memang kunatiti tu provisional sebab contoh kerja tanah dia tak tetap sebab tanah ada void atau rongga. Kalau dah compact volume dia dah kurang sebab compaction akan mengeluarkan udara dalam tanah. Faham tak? Kalau tak faham buat praktikal sendiri dulu.


Ada kelebihan kalau kerja bangunan ni. Sampai satu masa dah ada 1st floor atau bumbung pada bangunan tu kalau panas ada tempat berteduh dan kerja tak panas dah. Lepas tu kalau hujan boleh sambung kerja sebab dah ada tempat berteduh dari hujan. So, workers nak bagi alasan hujan anda boleh cakap bumbung sudah ada. Lepas tu anda pun kalau nak lari dari boss kat site office pun senang. Cakap la tengah jaga workers ni. Pada hal anda sedang baring atau main wechat kat bawah bangunan.

Sembang banyak tak mau. Pi sambung kerja tu....