Friday, February 21, 2014

Jurutera Awam suka melompat kerja?


Hahahah! Rasanya tajuk di atas agak relevan dengan saya. Dulu masa zaman bujang saya akan sentiasa aktif mencari kerja baru sekiranya projek di bawah jagaan saya berbaki 3 atau 4 bulan lagi. Bukan apa, selalunya semua jawatan yang saya perolehi adalah jawatan kontrak. Kontrak pula sama dengan tempoh projek. Hmmmm memang tak boleh nak stay lama la dalam satu-satu syarikat.

Nasihat saya adalah, carilah syarikat yang agak stabil dan menawarkan jawatan tetap. Maka kedudukan anda dan kedudukan kewangan anda akan stabil. Cuma kalau jawatan tetap ni gajinya agak rendahlah jika dibandingkan dengan jawatan kontrak. Tapi jawatan tetap ada bonus dan beberapa kemudahan dan kebajiakn dijaga oleh syarikat dari segi kesihatan dan lain-lain.

Bulan February ni banyak kekosongan dibuka untuk jawatan jurutera awam dan penyelia tapak. Semuanya melibatkan tapak pembinaan. Mungkin sebab baru dapat bonus dan dah dapat kerja baru. Jadi banyak la kekosongan dibuka.

Untuk menimba pengalaman, anda dinasihatkan untuk stay lama sikit dalam satu-satu syarikat. Tapi dengan satu syarat pastikan syarikat itu banyak projek yang berterusan. Kalau projek sekejap ada sekejap takde susah jugak. Nanti duduk termenung di pejbat tak buat apa-apa pun masalah jugak. Fikirlah yang terbaik untuk anda.