Backhoe adalah sebuah jentera yang pelbagai kegunaannya. Kebanyakannya digunakan untuk kerja mengorek dan menolak tanah.
Kadang kala backhoe juga digunakan untuk mengangkat barang yang tidak terlalu berat semasa ketiadaan kren mengangkat.
Wednesday, October 15, 2014
Backhoe-jentera cari makan
Tuesday, September 23, 2014
Gaji Pertama Sebagai Jurutera
Assalammualaikum,
Di kesempatan menulis di waktu malam ini, saya nak menceritakan tentang gaji pertama saya sebagai seorang jurutera. Memandangkan dah lama tak tengok blog ini disebabkan kesibukan kerja dan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan seorang suami.
Gaji pertama sebagai seorang jurutera adalah sebanyak RM 1500 sahaja bersama syarikat kontraktor di Gopeng, Perak. Pada masa itu saya sangat memerlukan pekerjaan memandangkan keputusan di Universiti pun tidak lah hebat sangat. Dengan niat untuk belajar dan dalam masa yang sama mata duitan jugak. Pada masa itu tak tanya pun kawan-kawan berapa scale gaji jurutera fresh dari universiti.
Kontraktor... memang dasar businessman memang nak orang yang murah lepas tu semua dia suruh buat. Kita mintak RM 2500 tapi dia tak bagi. Lagipun mak ayah dekat rumah dah bising-bising sebab asyik dok rumah aje. Pada hal kita dah sibuk cari kerja....
Hmmmm.... amik ajelah....
Kalau nak gaji besar dan ikut scale yang bagus, carilah kontraktor yang base atau HQ nya di Kuala Lumpur. Tak kisahlah site kat mana. Dalam hutan ke... kat MRT ke... belasah aje. Jangan nak memlilih sebab nak dok dekat rumah la. Lain la kalau ada masalah kesihatan ke ada masalah periadi ke takpe la. Kalau takde masalah tapi sengaja nak berkepit dengan famili memang tak la... Tak dapat la gaji yang bagus.
Kalau korang 3.00 pointer ke atas memang takde masalah. Nak demand sikit pun takpe. Tapi kena prove la korang tu worth it! Kalau setakat 3.00+++ masa belajar lepas tu tanya soalan design dan teknikal sikit dah menggelabah memang fail la....
KL memnag sibuk dah kos sara hidup memang tinggi. Tapi apa hal? Korang kan single lagi. Takde tanggungan lagi. Cukup apa. Cari la company yang bagi rumah sewa. Kereta? Come on la kalau bos percaya no hal... Kalau takdapat korang kan fresh lagi. Tumpang la yang ada kereta. Kalau ada kereta sendiri lagi company suka. Tak payah dia sediakan. Tapi limitkan penggunaan kepada orang sahaja. Jangan jadi kapal pengangkut lak untuk barangan kat site. Kalau rosak jangan bising. Siapa suruh sukarela bagi kereta?
Begitulah cerita gaji pertama seorang jurutera! Lu pikikrlah sendiri!

Nak tambah sikit pengalaman gaji pertama, ingatkan dapat masuk dalam akaun bank ke apa? Tapi kan hari pertama dapat gaji tu pada December 2008, rupanya beratur sekali dengan Indonesia, Bangla dan operator semua. Adoiii! Macam tu rupanya taraf engineer masa tu. Terkenangkan kembali adoiii!
P/s: kalau rajin check salary report kat jobstreet! Tengok boleh! Percaya? Entahlah!

Friday, February 21, 2014
Jurutera Awam suka melompat kerja?
Hahahah! Rasanya tajuk di atas agak relevan dengan saya. Dulu masa zaman bujang saya akan sentiasa aktif mencari kerja baru sekiranya projek di bawah jagaan saya berbaki 3 atau 4 bulan lagi. Bukan apa, selalunya semua jawatan yang saya perolehi adalah jawatan kontrak. Kontrak pula sama dengan tempoh projek. Hmmmm memang tak boleh nak stay lama la dalam satu-satu syarikat.
Nasihat saya adalah, carilah syarikat yang agak stabil dan menawarkan jawatan tetap. Maka kedudukan anda dan kedudukan kewangan anda akan stabil. Cuma kalau jawatan tetap ni gajinya agak rendahlah jika dibandingkan dengan jawatan kontrak. Tapi jawatan tetap ada bonus dan beberapa kemudahan dan kebajiakn dijaga oleh syarikat dari segi kesihatan dan lain-lain.
Bulan February ni banyak kekosongan dibuka untuk jawatan jurutera awam dan penyelia tapak. Semuanya melibatkan tapak pembinaan. Mungkin sebab baru dapat bonus dan dah dapat kerja baru. Jadi banyak la kekosongan dibuka.
Untuk menimba pengalaman, anda dinasihatkan untuk stay lama sikit dalam satu-satu syarikat. Tapi dengan satu syarat pastikan syarikat itu banyak projek yang berterusan. Kalau projek sekejap ada sekejap takde susah jugak. Nanti duduk termenung di pejbat tak buat apa-apa pun masalah jugak. Fikirlah yang terbaik untuk anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)