Wednesday, November 20, 2013

Memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (1st interview)

Anda baru menamatkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam? Dah tak sabar nak kerja kan? Hmmmm.... bertindak segera!!!


Buat persiapan berikut. Antaranya adalah:-

1. Dapatkan surat pengesahan tamat belajar daripada universiti atau kolej atau instituisi anda dengan segera. Ini sangat diperlukan untuk anda tunjukkan kepada bakal majikan anda bahawa anda sudah tamat belajar dan boleh terus bekerja. Majikan pun tak mahu ambil orang yang masih belajar sebab nanti kerja ditinggalkan pulak. Ini sebagai surat sokongan sebelum anda memperoleh sijil atau skroll ijazah anda. Maklumlah belum convo lagi kan?

2. Buat resume yang terkini dan cantik. Macam mana? Haaaa.... masa belajar dulu ada diajar kot. Dalam subjek English pun ada kan? Jangan tipu. Kalau malas sangat pun copy paste aje dari internet. Pastikan maklumat diri anda betul. Nanti lupa nak tukar nama dan gambar. Nampak sangat copy paste. Bijak la sikit kan. Lepas tu jangan tulis yang bukan2. Macam ada pengalaman bertahun-tahun sedangkan anda baru sahaja menamatkan pengajian.

3. Buat akaun jobstreet, jensjob, jobsmalaysia atau apa-apa laman web yang menawarkan khidmat pencarian pekerjaan. Sekarang zaman canggih ni gunakan la . Jangan asyik instagram aje, twitter la, wechat la. Dari situ pilih la jawatan yang dirasakan bersesuaian dengan diri anda. Baca job description dan requirement adakah bertepatan dengan anda? Kalau yang nak pengalaman seratus tahun tu tak payah la nak apply.

4. Sediakan pakaian yang sesuai dengan temuduga. Anda baru lagi jadi bagi yang lelaki tu pakailah kemeja bertali leher. Nampak anda serius untuk bekerja dan ada karisma. Yang wanita tu rujuklah kod pakaian yang sesuai sebab saya tak tau sangat. Oklah kalau pakai blouse dan seluar atau baju kurung sekalipun asalkan tidak menjolok mata. Nanti lain pulak jadinya.

5. Sentiasa ON handphone dan dekat dengan gadget kesayangan anda itu. Kalau ada nombor pelik-pelik call anda, terus angkat. Kalau ejen insurans ke ejen skim cepat kaya ke tak payah layan. Terus letak pun tak apa. Kalau company panggil interview cuba arrange dengan masa yang bersesuaian dengan anda. Memandangkan anda sudah tamat belajar jadi bila-bila masa anda bersedia untuk sesi temuduga.

6. Kalau dah nak pergi interview tu pastikan semua benda ada. Sijil-sijil tamat belajar. Slip result exam yang cantik-cantik tu masuk la dalam clear folder tu. Anda kan brilliant student masa kat Universiti dulu. Buat apa nak takut untuk pamerkan semua itu? Siapkan fotokopi kad pengenalan, sijil-sijil dan dokumen yang diperlukan oleh company. Nampak anda beri komitmen pada mereka dan kerani di sana tak perlu buat salinan lagi.

7. Dapatkan alamat tempat temuduga. Henfon canggih boleh GPS senang la nak cari kan?

8. Buat research sikit pasal company tu dulu. Boleh pakai ke tidak. Kalau company macam tipu aje tak payah layan la. Kalau yang public listed tu senang nak buat research sebab dia ada website. Yang kecil-kecilan ni terpaksa tanya pada orang yang tau la. Sebab apa nak buat research? Nanti company akan tanya kita samada tau ke tidak pasal company diorang.